Wednesday, 6 January 2016

Peraturan Makmal Komputer

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer :
1.Setiap pengguna hendaklah merekodkan maklumat penggunaan dalam buku log/buku rekod penggunaan yang telah disediakan.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru mengawas.
3.Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke dalam makmal.
4.Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian dan disket dari luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer.( Disket boleh dibeli dari Guru Penyelia Makmal Komputer atau guru yang bertugas ).
5.Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer.
6.Pelajar dilarang melaraskan alat penghawa dingin.
7.Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal (bagi pelajar, pastikan tidak memakai stoking yang berbau).
8.Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik/mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
9.Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
10.Dilarang membuat bising di dalam makmal.
11.Dilarang mencetak bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu, atau simbol seumpamanya yang kemudiannya ditampal dan disebarkan.
12.Dilarang membuat sebarang perubahan “settings”  pada komputer tanpa kebenaran guru penyelia makmal komputer.( seperti bunyi, warna, screen saver, dan sebagainya) .
13.Dilarang menambah software dan hardware yang sedia ada.          
14.Semua hasil kerja hendaklah disimpan (save) di dalam disket dan tidak boleh disimpan di dalam hard disk.
15.Peralatan seperti LCD Projektor, Skrin Projektor, Pencetak ( Printer) dan Pengimbas ( Scanner ) hanya boleh dikendalikan oleh guru.
16.Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke Makmal Komputer hendaklah menulis maklumat penggunaan dalam buku rekod penggunaan.
17.Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di dalam Makmal Komputer.
18.Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
19.Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Makmal Komputer untuk tujuan menyalin-rakam.
20.Tidak dibenarkan membuat perayauan ( surfing ) di mana-mana laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif dan dan tidak sihat.
21.Tidak dibenarkan menganggu ketenteraman pengguna makmal komputer lain.
22.Tidak dibenarkan membawa liquid paper atau menconteng mana-mana  tempat di Makmal Komputer.
23. Pelajar dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer untuk tujuan berikut :
Menyiapkan tugasan / projek.Membuat perayauan ( surfing ) perisian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Melaksanakan kerja/tugasan yang berkaitan dengan arahan guru.
24.Pelajar atau pengguna tidak dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer  untuk tujuan yang berikut :
  • Bermain komputer yang tidak relevan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyalin-rakam program dan perisian komputer.
  • Mencetak kad, surat, banner, poster, tanda dan sebagainya untuk kegunaan persendirian


*Sumber : Laman web SK Bertam Indah

No comments:

Post a Comment