Tuesday, 19 January 2016

PENGGUNAAN ICT DALAM PnP

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.

Peralatan ICT yang sesuai digunakan di dalam kelas adalah seperti laptop, tablet, handphone, speaker dan juga projektor.




Kelebihan menggunakan ICT dalam kelas adalah murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
text
grafik
audio.
video
kombinasi dua atau lebih mod di atas.

Guru-guru SKPT nampaknya semakin aktif menggunakan ICT dalam PnP. Tahniah dan terus maju.

No comments:

Post a Comment