Memang cool web based apps ni. POWTOON membolehkan anda membuat persembahan multimedia yang sangat menarik. oleh kerana aplikasi ini berdasarkan web based, ianya memerlukan talian internet untuk digunakan. Sesuai untuk digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Amat mudah untuk digunakan, mesra pengguna, PERCUMA dan sangat awesome!!
Pautan POWTOON : Klik disini.
Monday, 29 August 2016
Monday, 22 August 2016
BERITA BAIK: Skill Pengekodan Diajar Di Sekolah Bermula Tahun Depan
KUALA LUMPUR, Julai 19 — Pengaturcaraan (coding) akan dimasukkan secara rasmi dalam silubus sekolah bermula tahun depan, kata CEO Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.
TMO melaporkan, Yasmin berkata, pengaturcaraan komputer bukan sahaja akan diajar sebagai subjek komputer sains, tapi juga akan diterapkan di dalam pengajaran, terutamanya dalam kelas sains dan matematik.
Ketika ditemui wartawan, Yasmin menjelaskan program pilot telah pun dijalankan sejak tahun lepas di 22 buah sekolah.
Katanya, ia program itu diketuai oleh Kementerian pelajaran dengan bantuan MDEC dan akan menjadi sebahagian dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang bakal bermula tahun depan.
"Dan ianya telah terbuki bahawa pengaturcaraan, atau komputer sains, sangat penting untuk menggalakkan kemahiran berfikir tahap tinggi", tambahnya.
Tambah Yasmin lagi, perkara itu selaras dengan Bluprint 2013-2025 Pendidikan Malaysia yang mahu menggalakkan pemikiran kognitif dan berfikiran tahap tinggi selain mengaplikasikan IT sebagai salah satu alat mengajar dan pembelajaran.
Bagaimanapun, Yasmin berkata butiran lanjut tentang program itu akan diumumkan pada Ogos ini.
Sumber : TMO
Sunday, 21 August 2016
Monday, 15 August 2016
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) 2016
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).
Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2016 mulai 15 Julai 2016 – 30 Ogos 2016 di url ini :
AKTIVITI KELAB ICT
Pada Rabu 3.8.2016 berlangsung aktiviti FROG VLE bagi Kelab ICT SKPT. Aktiviti pada hari ini ialah memasukkan video ke laman Frog murid. Bersumberkan Youtube, murid memasukkan video melalui "embed website". Secara keseluruhan, murid berjaya memasukkan video ke Frog masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)